AKTIVITI / INFO TERKINI MASJID
📢 MOHON BANTU SEBARKAN & JOM REBUT PELUANG INI! ❤️ 🏥 PROGRAM SARINGAN nmKESIHATAN PEKA B40 📍 Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor 📅 Sabtu | 14 November 2026 ⏰ 8.30 pagi – 1.00 tengah hari 👨🏻⚕️Anjuran : NGO Medicom Malaysia dengan Kerjasama Masjid Jamek Sultan Ibrahim (Masjid Daerah Kuala Selangor) Kesihatan kita dan keluarga amat berharga. Jangan tangguh kerana ada sakit yang tidak dapat dikesan dengan pandangan mata kasar. Jom ambil peluang untuk membuat saringan awal melalui Program Saringan Kesihatan PEKA B40. ✨ APA MANFAAT YANG ANDA BOLEH DAPAT? ✅ Pemeriksaan kesihatan awal untuk mengesan risiko penyakit. ✅ Membantu mengenal pasti masalah kesihatan yang mungkin kita tidak sedari. ✅ Peluang mendapatkan nasihat dan panduan berkaitan kesihatan. ✅ Membantu kita mengambil langkah pencegahan lebih awal demi kesejahteraan diri dan keluarga. ✅Ujian darah di Makmal Dan Konsultasi percuma Selepas Keputusan Ujian darah diperoleh 👥 SIAPA YANG LAYAK? Program PEKA B40 secara umumnya menyasarkan: ✔️ Warganegara Malaysia. ✔️ Berumur 40 tahun dan ke atas. ✔️ Dalam kumpulan pendapatan B40 yang memenuhi kriteria kelayakan PEKA B40. ✔️ Kelayakan tertakluk kepada semakan status peserta. 🎉 PALING PENTING — SEMUANYA PERCUMA! 💯 TIADA BAYARAN DIKENAKAN bagi saringan yang diliputi program ini untuk peserta yang layak. Untuk pertanyaan boleh Wassap di Nombor: 0193198531 ❤️ Jom periksa kesihatan. Jom cegah sebelum terlambat! 📍 Jumpa anda di Masjid Jamek Sultan Ibrahim! *Bagi yang tidak memenuhi syarat kelayakan Peka B40, anda boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan biasa (tanpa ujian darah) #PEKAB40 #SaringanKesihatanPercuma #Masjidjameksultanibrahim #MediCOMMalaysia #KesihatanTanggungjawabBersama
Qiamullail Bulan November 2026 Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor (MJSIKS) Ok boleh lock tarikh ye, qiamullail untuk bulan November ini kita buat minggu ke-3 ye, InsyaALLAH. Minggu ini bagi orang kariah balik kampung dulu sebab cuti sempena Deepavali. Nikmati ruang cuti bersama keluarga tercinta. Jadinya ada masa luang yang ada jom sama-sama kita hidupan dengan beristighfar kepada Allah moga Allah ampunkan dosa kita. Ammmiiiinnn #mjsidihatiku #MJSIKS
Selamat Menjalani Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain ( UPKK ) 2026 Warga Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor ingin mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain ( UPKK ) Bagi Murid Tahun 5 2026 buat semua anak kariah MJSI khususnya di sekolah-sekolah yang terlibat bagi peperiksaan pada kali ini. InsyaAllah ianya bermula pada hari ini, Isnin 2 November 2026 sehingga Khamis 5 November 2026. Khususnya sekolah-sekolah bawah kariah MJSIKS : - Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bandar Baru Kuala Selangor - Sekolah Rendah Agama Bandar Malawati (SRABM) - Sekolah Rendah Agama Integrasi Al-Ain - Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Amilin - Kuala Selangor Semoga tenang menjawab soalan dan dipermudahkan ketika menjawab setiap soalan. Moga memperolehi keputusan yang cemerlang. بالتوفيق والنجاح #UPKK #StraightA'S #UsahaSemaksimaMungkin #MJSIKS
- Imsak 05:38
- Subuh 05:48
- Syuruk 06:56
- Zohor 13:00
- Asar 16:22
- Maghrib 18:58
- Isyak 20:10





