Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026 Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor (MJSIKS) Warga Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan STAM Bagi Tahun 4 2026 buat semua anak kariah MJSI khususnya yang terlibat bagi peperiksaan STAM pada kali ini. InsyaAllah ianya bermula esok, Isnin 12 Oktober 2026 sehingga Isnin 02 November 2026. Semoga tenang menjawab soalan dan dipermudahkan ketika menjawab setiap soalan. Moga memperolehi keputusan yang cemerlang. بالتوفيق والنجاح #STAM #Mumtaz #NahnuMumtazun #MJSIKS

5
1 Comments

MJSIKS : CALON MASJID TERBAIK NEGERI SELANGOR 2026, SAMA-SAMA KITA DOAKAN MJSI KUALA SELANGOR telah dipilih bersama 3 Masjid yang lain dalam Daerah Kuala Selangor. Panel Penilai diketuai oleh AF TUAN HAJI HASHIM BIN MOHAMED , Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid JAIS bersama 4 Anggota Penilai. Taklimat Pengurusan disampaikan oleh AF USTAZ MUHAMMAD NAJWA BIN MOHD SARIF, Pengurus Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor. Semoga dengan penilaian ini memberi peluang dan nafas baru kepada Pengurusan MJSI KS dengan dikuasakan oleh AJK PENGIMARAHAN dengan dipacu oleh Anggota Lembaga Tadbir. Pengurusan MJSI KS merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang menyumbang ke Tabung Masjid untuk aktiviti pengimarahan dan menaiktaraf prasarana masjid. #mjsidihatiku #mjsiks

35
3 Comments

Selamat Menjalani Peperiksaan MPT4 ( Matriks Pembelajaran Tahun 4) 2026 Warga Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor ingin mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan MPT4 ( Matriks Pembelajaran ) Bagi Murid Tahun 4 2026 buat semua anak kariah MJSI khususnya di sekolah-sekolah yang terlibat bagi peperiksaan MPT4 pada kali ini. InsyaAllah ianya bermula pada hari ini, Selasa 06 Oktober 2026 sehingga Rabu 07 Oktober 2026. Khususnya sekolah-sekolah bawah kariah MJSIKS : - Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bandar Baru Kuala Selangor - Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Kuala Selangor - Sekolah Rendah Agama Integrasi Al-Ain Semoga tenang menjawab soalan dan dipermudahkan ketika menjawab setiap soalan. Moga memperolehi keputusan yang cemerlang. بالتوفيق والنجاح #MPT4 #Cemerlang #UsahaSemaksimaMungkin #MJSIKS

17
1 Comments

Qiamullail Bulan Oktober 2026 Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor (MJSIKS) Ok boleh lock tarikh ye, qiamullail untuk bulan Oktober ini kita buat minggu ke-3 ye, InsyaALLAH. Jadinya ada masa luang yang ada jom sama-sama kita hidupan dengan beristighfar kepada Allah moga Allah ampunkan dosa kita. Ammmiiiinnn #mjsidihatiku #MJSIKS

11
1 Comments

Jual & Infak Pakaian Terpakai kini di Kuala Selangor‼️ 📍 Lokasi: Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor, Selangor 🕙 Masa: 10 pagi – 6 petang 📅 Tarikh: 3 – 5 Oktober 2026 💡 Apa yang kami terima? ✔️ Semua jenis pakaian yang masih elok dipakai ✔️ Boleh jual / infak dengan harga RM1/10kg ⚠️ Penting: – Pakaian “dalam” tidak diterima. – Sila bungkus dalam plastik sahaja. – Luar waktu operasi hanya untuk drop off infak sahaja. Sebarang pertanyaan: 📞 013-5661609 (FARIS) #AnakMudaUtara #InfakPakaian #BerkongsiRezeki

7

Jadual Kuliah Bulanan Oktober 2026 Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor (MJSIKS) Alhamdulillah buat semua warga ahli kariah MJSIKS dan umumnya diluar kariah, berikut adalah Jadual Kuliah Bulanan bagi Bulan Oktober. 26/10 nanti pun ada kuliah ye, cuti ganti bagi Hari Kelepasan Am Gantian sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor. Jadi susun jadual anda untuk kelas pengajian kita, insyaALLAH sambil tu boleh tambah ilmu pengetahuan tentang agama, biar ada bekalan untuk amal dan akhirat nanti. #mjsidihatiku #MJSIKS

18
2 Comments

Selamat Menjawab Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Warga Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor ingin mengucapkan Selamat Menjawab Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) buat semua anak kariah MJSI khususnya di sekolah-sekolah yang terlibat bagi peperiksaan PSRA pada kali ini. InsyaAllah ianya akan bermula pada hari ini, Isnin 21 September 2026. Khususnya sekolah-sekolah bawah kariah MJSIKS : - Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru - Sekolah Rendah Agama Bandar Malawati - Sekolah Rendah Agama Integrasi Al-Ain - Sekolahh Rendah Integrasi Islam Darul Amilin Semoga tenang menjawab soalan dan dipermudahkan ketika menjawab setiap soalan. Moga memperolehi keputusan yang cemerlang. بالتوفيق والنجاح #PSRA #Mumtaz #DalamGenggaman #MJSIKS

31
4 Comments

Kursus Asas Haji Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor (MJSIKS) Dengan kerjasama Tabung Haji Cawangan Tanjong Karang, insyaALLAH Kursus Asas Haji bagi Musim Haji 1448H / 2027M akan diadakan di MJSIKS. Maklumat seperti berikut : Hari : Setiap Ahad (Selama 12 Siri) Tarikh : 27 September 2026 - 13 Disember 2026 Masa : 08.30 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat : Dewan Solat Utama MJSIKS Jadi mana-mana yang berminat boleh hadiri kursus yang diadakan nanti =) #mjsidihatiku #MJSIKS

39
8 Comments

Kursus Imam dan Muazzin Lanjutan Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor (MJSIKS) Alhamdulillah selepas buka iklan ini, seramai 50 orang peserta berjaya untuk menyertai kursus ini. Jadinya pihak kami memaklumkan bahawa penyertaan ditutup. Jangan lupa mana-mana yang dah turut serta, hadir pada hari esok, 19 September 2026. Bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Kita tampilkan khas tenaga pengajar yang berpengalaman serta tak asing lagi Ustaz Mohd Faizan Tajuid Pegawai Hal Ehwal Islam, UiTM Shah Alam merangkap Penceramah Bertauliah Negeri Selangor (PBNS). #mjsidihatiku #MJSIKS

18
3 Comments

Bengkel Pengurusan Jenazah (Wanita) Biro Hal Ehwal Wanita (HAWA) MJSIKS Yang berminat boleh hubungi nombor seperti didalam iklan, dengan yuran penyertaan RM 50 sahaja! #MJSIKS

12
2 Comments

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-7 Koperasi Kariah Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor Berhad Tarikh : 12 September 2026 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari Tempat : Aras Bawah, MJSIKS #Koperasi #MJSIKS

8
1 Comments