Tazkirah Jumaat Bersama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor (MJSIKS) InsyaALLAH pada hari Jumaat ini akan diadakan Tazkirah Jumaat dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bertajuk " Jejak Sunnah, Santuni Anak Yatim". Maklumat seperti berikut : Tarikh : 28 Ogos 2026 (Jumaat) Masa : 12.40 Tengahari Tempat : Dewan Solat Utama MJSIKS Pengisi : Ustaz Aizuddin Kamarul Zaman aka Sahabat Dakwah YIDE Kuala Selangor Dijemput kepada tuan-tuan datang awal ke masjid, sambil mengejar pahala sunnah jumaat, kita tambah ilmu dan pengetahuan agar menjadi sebagai pedoman serta amalan. #YIDE #AnakYatim #MJSIKS

19
3 Comments

Salam Maulidurrasul Muhammad SAW Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor (MJSIKS) Selamat Menyambut Maulidurrasul Muhammad SAW 1448H / 2026M. Semoga kita sentiasa melaksanakan dan mengikuti akan suruhan Nabi SAW serta sunnahnya dalam kehidupan kita. مُحَمَّدٌ سَيِّدُ الكَوْنَيْنِ وَالثَّقَلَيْنِ وَالفَرِيقَيْنِ مِنْ عُرْبٍ وَمِنْ عَجَمِ نَبِيُّنَا الْآمِرُ النَّاهِي فَلَا أَحَدٌ أَبَرَّ فِي قَوْلِ لَا مِنْهُ وَلَا نَعَمِ - قصيدة البردة " Nabi Muhammad adalah pemimpin dunia akhirat, pemimpin manusia dan jin, juga pemimpin bangsa Arab dan Ajam (bukan arab). Nabi kita, Muhammad, adalah rasul yang memerintahkan kebajikan dan mencegah kemungkaran. Tidak ada seorang pun yang lebih baik perkataannya daripada Baginda Nabi saat menolak dengan berkata jangan dan saat diminta dengan berkata 'ya. { Qasidah Burdah } " #sollualannabiyﷺ #mjsidihatiku #MJSIKS

29
4 Comments

Kempen Kibar Jalur Gemilang Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor (MJSIKS) Bersempena dengan Hari Kemerdekaan Kali ke-69 yang bakal tiba, MJSIKS mengajak semua untuk bersama menghidupkan "Kempen Kibar Jalur Gemilang" yang berlangsung pada : Tarikh : 28 Ogos 2026 (Jumaat) Mari sama-sama kibarkan jalur gemilang anda tanda kebersamaan serta menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri kita. Tanda kita berbangga menjadi Anak Malaysia. #Merdeka #MJSIKS

18
2 Comments

Candid Suasana Gotong-Royong Pasca Kemerdekaan ke-67 Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor (MJSIKS) #Merdeka #JiwadanRohani #Kembalimenjadimuslimsejati #mjsidihatiku #MJSIKS

62
4 Comments

Program Solat Hajat & Bacaan Yasin Anjuran Bersama SRAI Bandar Baru Kuala Selangor dan Masjid Jamek Sultan Ibrahim KS InsyaALLAH akan diadakan Program Solat Hajat dan Bacaan Surah Yasin sempena peperiksaan murid Tahun 5 (Ujian Penilaian Kelas KAFA- UPKK) dan murid Tahun 6 (Penilaian Sekolah Rendah Agama - PSRA). Maklumat seperti berikut : Tarikh : 27 Ogos 2026 (Khamis) Masa : 7.20 Malam Tempat : Dewan Solat Utama MJSIKS Tuan / Puan dijemput hadir bagi memeriahkan program yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Terima kasih =) #TargetAUPKK #TargetMumtazPSRA #MJSIKS

26
2 Comments

Gotong-Royong Pasca Kemerdekaan ke-67 Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor (MJSIKS) Tuan/ Puan dijemput hadir bagi memeriahkan Program Gotong-Royong yang akan diadakan seperti maklumat berikut : Tarikh : 22 Ogos 2026 (Sabtu) Masa: 08.00 Pagi Tempat : Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor Bila masjid kita bersih, nak beribadah makin baik dan lebih selesa =) P/S : Digalakkan membawa peralatan sendiri bersama seperti cangkul, parang, sabit dan lain-lain bagi memudahkan urusan gotong-royong nanti. #mjsidihatiku #MJSIKS

24
3 Comments

Infaq Pembelian Rak Al-Quran Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor (MJSIKS) Pihak Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor (MJSIKS) membuka peluang kepada semua untuk menginfaq pembelian Rak Al-Quran di MJSIKS. Projek ini dilaksanakan bagi menggantikan rak Al-Quran yang sedia ada disetiap ruangan masjid. Target kutipan infaq sejumlah : RM 3900 Sumbangan tuan/puan pastinya bermanfaat serta menjadi jariah berkekalan hingga akhirat. Sebarang pertanyaan boleh rujuk seperti no dibawah : +60107720013 (Pengurusan MJSIKS) #mjsidihatiku #MJSIKS

21
1 Comments

🌙 JOM KITA BERSAMA MERIAHKAN KUALA SELANGOR BERSELAWAT! 🤲💚 Assalamualaikum W.B.T. Mari kita hidupkan Jumaat malam dengan program pengajian ilmu, selawat, zikir dan cinta kepada Rasulullah SAW. 📌 Berikut adalah butiran program untuk makluman bersama : ✨ *KUALA SELANGOR BERSELAWAT* 📅 7 Ogos 2026 (Jumaat) 🕘 9.00 malam 📍 Dataran Malawati, Pekan Lama Kuala Selangor 🎤 Bersama: 🌟 Daie Luqman Hakim 🌟 Imam Muda Hassan 🎶 Kumpulan Tyaiba 🤲 Mari kita bawa bersama: ✅ Ahli keluarga ✅ Anak-anak ✅ Sahabat handai ✅ Jiran tetangga Semoga setiap langkah menuju majlis ini dikira sebagai ibadah dan setiap selawat yang dilafazkan menjadi asbab kita mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak. "Barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali." (Riwayat Muslim) 📢 Jom penuhkan Dataran Malawati dengan laungan selawat! Jumpa anda semua pada 7 Ogos nanti, insya-Allah. 🤍💚 🤝 Anjuran Bersama: * Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) * Masjid Jamek Sultan Ibrahim * Masjid Raja Lumu Kuala Selangor * Masjid Jamiul Muhammadiah Kampong Kuantan #Jomturun #DakwahDemiIslam #MJSIKS

8
1 Comments

Qiamullail Bulanan | Ogos 2026 Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor Bulan Julai telahpun berlalu pergi, sekarang masuk ke Bulan 8 2026, hampir masuk ke bulan RabiulAwal 1448H. Bulan yang mana kelahirannya baginda Nabi Muhammad SAW. Soalan, berapakah tarikah sebenar kelahiran baginda Nabi SAW? Jawab dan balas diruangan komen ye =) Jadi jom sama-sama tingkatkan amal untuk kesenangan akhirat kita nanti. Untuk bulan ini, hari Ahad, minggu ke-3. Jom, boleh ajak ahli keluarga turut sama memeriahkan program Qiamullail kita nanti 😊. Jangan tangguh lagi buat kebaikan, apatah lagi banyak kelompongan diri kita. Dekatkan diri insyaALLAH pasti Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik buat kita nanti. #MJSIKS #mjsidihatiku

19
2 Comments

Jadual Kuliah Bulanan : Ogos 2026 Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor Alhamdulillah selesai dah bulan Julai, sekarang kita masuk bulan Ogos 2026. Bulan Kemerdekaan bagi Tanah Melayu (nama lama Malaysia) kali ini. Merdeka sinonim dengan membebaskan diri daripada penjajahan, kurungan, atau naungan. Ia juga bermaksud berdiri sendiri, berdaulat, dan tidak bergantung pada kuasa asing. Kalau dalam konteks agama bebas daripada segala anasir yang salah serta perkara yang mensyirikkan Allah SWT. Untuk menjadi seorang muslim yang merdeka dan beriman kepada ALLAH SWT, perlu untuk mendalami ilmu agama serta memahami konteks agama Islam dengan betul agar segala kefahaman dan amalan yang kita lakukan tidak tersasar seperti yang disyariatkan. Jadi set awal-awal dalam kalender ye, jom slow-slow kita hadir untuk tambah ilmu serta perbaiki ibadah kita kearah yang lebih baik. Banyakkan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, selawat tanda kita ingat kepadanya dan bertasbih membesarkan Allah SWT. Sibuk, tak de masalah, spend masa yang ada dan susun jadual betul-betul agar tidak tertinggal kita dengan medan ilmu yang disusun bagi menambah kefahaman kita terhadap ilmu Islam. Jom =) #Ogos2026 #Tafaquhfiddin #MJSIKS

18
2 Comments

Assalaamu'alaikum, Jom bersama menjaga alam sekitar dengan mengitar semula barang buangan elektrik (e-waste). Pusat pengumpulan akan dibuka di Masjid Jamek Sultan Ibrahim seperti berikut: *Tarikh : 1& 2 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)* *Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang* Antara barangan yang diterima: *a) perkakasan komputer* - telefon bimbit, tablet laptop, desktop, keyboard, mouse, skrin komputer dan TV dll *b) perkakasan elektrik rumah* - peti sejuk, mesin basuh pakaian, mesin basuh pinggan, microwave, toaster, vacuum cleaner dll *c) aksesori dan peralatan kerja* - phone charger, power cords, extension wire, gerudi elektrik, gergaji elektrik, rechargeable batteries dll 📱💻⌨️🖥️🖨️🖱️🖲️🕹️💽💾💿📀📷📹🎥📟📠📺📻🎚️🔋🪫 Untuk sebarang pertanyaan, sial hubungi 0133819763 (Azrin) Jom cakna alam sekitar kita!

9

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Susah nak tangani baju lama? Tak tahu nak hantar kemana?? Jangan risau, InsyaAllah kami boleh membantu anda!! *JOM SUMBANGKAN PAKAIAN & BARANGAN TERPAKAI UNTUK KERJA-KERJA AMAL DI PROGRAM KAMI YANG AKAN BERADA DI *MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM KUALA SELANGOR (MASJID DAERAH)* SEPERTI TARIKH BERIKUT *TARIKH : 01 & 02 OGOS 2026 (SABTU & AHAD)* 𝐌𝐀𝐒𝐀 : 𝟗.𝟎𝟎 𝐏𝐀𝐆𝐈 - 𝟓.𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 : 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐉𝐀𝐌𝐄𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 (𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇) 📌📌 https://maps.app.goo.gl/HKF9YKRCTk3eNTaq9 Barangan yang diterima : 🔖 Semua jenis fabrik (cadar, selimut,toto, sarung bantal, langsir, comforter dan tuala) 🔖 Semua jenis pakaian (baju kurung, seluar, blouse, t-shirt, tudung, pakaian lelaki/wanita, dewasa & kanak-kanak) 👖👕👔🥻👘 🔖 Mainan kanak-kanak 🪇🎮🎳🧩🎨 🔖 Barang perhiasan diri (kasut, handbag, topi, beg & tali pinggang) 🎩👒👝🎒🧳 🔖 Pinggan mangkuk, gelas & cawan 🍽️🥛☕🥢 ⛔❌🚫 _Barangan elektrik, perabot, karpet, botol kaca, majalah, buku agama, kitab, Al-Quran dan semua jenis buku tidak diterima_ . Sebarang pertanyaan sila hubungi : 📞 Pn Riezan (016-6166098) Anjuran *PERTUBUHAN AMAL KITAR SEMULA MALAYSIA* dengan kerjasama *MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM KUALA SELANGOR (MASJID DAERAH) - BANDAR MALAWATI*

7